Peguam Negara kembalikan kertas siasatan libatkan MB Negeri Sembilan kepada PDRM
PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengembalikan kertas siasatan berhubung insiden membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.
AGC dalam kenyataan media hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu.
“Siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan susulan dakwaan Menteri Besar bahawa beliau menandatangani proklamasi berkaitan pertukaran kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar.
“Bagaimanapun, hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat,” katanya.
Sehubungan itu katanya, kertas siasatan berkenaan akan dikembalikan kepada PDRM hari ini untuk tindakan selanjutnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














