BERITA SEMASA

JAIS sahkan kes khalwat di Petaling libat individu berpengaruh

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu, termasuk seorang individu berpengaruh bagi membantu siasatan kes khalwat di Petaling, semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kedua-dua individu itu ditahan kira-kira pukul 6 petang.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA:
Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikan kes berkenaan sebagai bahan spekulasi, perdebatan atau fitnah dalam apa jua cara.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berusia 44 tahun ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah kediaman di Petaling Jaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button