BERITA SEMASA

Gaya Melayu, tapi Rohingya rupanya!

KOTA SETAR – Helah seorang lelaki yang cuba menyembunyikan identiti menggunakan cermin gelap terbongkar selepas kenderaan dipandunya secara mencurigakan ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah di sekitar Jalan Putra, Alor Setar.

Menurut JPJ Kedah, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah, selain cukai jalan kenderaan berkenaan telah tamat tempoh dan tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Lebih mengejutkan, lelaki itu dipercayai cuba mengelirukan anggota penguat kuasa dengan mengemukakan kad pengenalan Malaysia milik isterinya dan mendakwa dirinya berbangsa Melayu,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Rohingya
Seorang lelaki Rohingya cuba mengelirukan anggota penguat kuasa dengan mengemukakan kad pengenalan Malaysia milik isterinya.

Dalam pemeriksaan sama katanya, lelaki berkenaan turut dilihat selamba mengunyah daun sirih ketika pemeriksaan dijalankan.

Bagaimanapun katanya, helah tersebut akhirnya terbongkar dan kenderaan berkenaan disita untuk tindakan lanjut.

JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dilaksanakan tanpa kompromi dan semua pengguna jalan raya wajib mematuhi undang-undang tanpa mengira latar belakang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button