LUAR NEGARA

12 maut lebih 300 cedera dalam serangan Lapangan Terbang Riyadh

RIYADH – Serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di sini mengorbankan 12 orang manakala 309 lagi cedera, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA), Sabtu.

GACA dalam kenyataan rasmi memaklumkan, mangsa yang maut terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.

Insiden berkenaan dilaporkan bermula dengan satu letupan kuat yang menggegarkan kawasan lapangan terbang, menyebabkan operasi penerbangan terganggu dan mencetuskan panik dalam kalangan penumpang.

Lebih 12 ambulans turut dikejarkan ke lokasi kejadian, manakala sebahagian pelancong dipindahkan keluar dari kemudahan lapangan terbang sebagai langkah keselamatan.

Kejadian itu berlaku ketika serangan peluru berpandu kumpulan Houthi terhadap Arab Saudi dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightRadar24, hampir semua penerbangan menuju ke Riyadh dibatalkan atau dilencongkan ke destinasi lain susulan insiden berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button