Jerebu: Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu beroperasi seperti biasa esok
KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi seperti biasa esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri berkenaan masih terkawal.
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, pihaknya akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.
“Pemantauan berterusan itu penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa diberi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Sehubungan itu katanya, ibu bapa dan penjaga disaran mengikuti perkembangan terkini serta sebarang pengumuman rasmi KPM berhubung situasi jerebu dan operasi institusi pendidikan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








