Belanjawan 2027: Hampir 59,000 pesara, veteran ATM terima manfaat kenaikan pencen
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaikkan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan yang memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal secara sekali bayar (one-off) dinaikkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000, tertakluk kepada tempoh perkhidmatan.
“Ini adalah tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja dan berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca juga : MINDEF sambut baik peruntukan pertahanan meningkat kepada RM22.11 bilion
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters penjawat awam.
Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM500 juta bagi pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Skudai, Johor dan kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak, serta Papar, Sabah, yang akan memanfaatkan hampir 900 anggota tentera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment