BERITA SEMASA

Desa diperkasa, peruntukan dinaikkan

KUALA LUMPUR – Peruntukan bagi projek jalan desa ditingkatkan kepada RM2.3 bilion berbanding RM1.3 bilion pada tahun 2022 sebagai usaha memperkasa infrastruktur di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM3.3 bilion akan diperuntukkan bagi projek prasarana asas desa yang merangkumi pemasangan lampu jalan kampung, penyediaan kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.

“Menerusi inisiatif berkenaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan pemasangan lampu jalan solar di kampung-kampung serta panel solar bumbung di rumah kebajikan dan rumah ibadat,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa sama, kemudahan bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, pondok dan perkampungan Orang Asli di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button