Wartawan sukan lantang kritik bola sepak tempatan diserang 2 individu
KUALA LUMPUR – Wartawan sukan terkenal, Haresh Deol mendakwa dirinya diserang dua individu dalam satu kejadian pada petang ini sebelum tampil membuat laporan polis.
Haresh berkata, kejadian itu turut dirakam seorang lagi individu yang berada di lokasi kejadian.
“Saya baru sahaja diserang oleh dua individu, dengan seorang lagi merakam video saya ketika diserang. Saya sudah membuat laporan polis,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini.
Isterinya, Pearl Lee, pengasas bersama dan Editor @Twentytwo13news, turut memuat naik hantaran di X:
“Suami saya @HareshDeol telah diserang petang ini di Bangsar, KL. Ini kali pertama dalam 25 tahun kerjayanya sebagai wartawan. Semoga keadilan tercapai!”
Haresh yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dikenali sebagai wartawan yang lantang bersuara mengenai isu-isu bola sepak tempatan termasuk kemelut FAM, FIFA yang melibat tujuh pemain warisan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai insiden berkenaan.
Usaha mendapatkan maklumat lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif dan pihak yang terlibat dalam serangan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment