BERITA SEMASA

KESS buka cawangan ke-23, meterai MOU bersama PRISMA

KUALA LUMPUR – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) membuka cawangan ke-23 di Wangsa Maju di sini, dalam usaha memperluas operasinya selain memperkukuh jaringan kerjasama bersama komuniti menerusi memorandum persefahaman (MOU) dengan Pertubuhan Ibu Bapa Anak-Anak Istimewa Malaysia (PRISMA).

Pengerusi Eksekutif KESS, Mohamad Hafizal Mahmood berkata, KESS kini mempunyai 30 cawangan, manakala pembukaan di Wangsa Maju merupakan cawangan ke-23 yang dirasmikan.

“Pembukaan cawangan baharu menerima sambutan yang sangat baik daripada pelanggan. Ada ketika jumlah pelanggan terlalu ramai sehingga kita perlu mengawal kemasukan atas faktor keselamatan dan kapasiti showroom.

“Ini bukan bermakna kita tidak membenarkan pelanggan masuk, tetapi kita perlu menguruskan jumlah pengunjung bagi memastikan keselamatan semua pihak,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan berkenaan di sini.

Mohamad Hafizal berkata, KESS turut memberi tumpuan kepada kepelbagaian produk menerusi pengeluaran barang kemas sendiri di kilang emas milik syarikat di Puncak Alam.

Katanya, kilang berkenaan menghasilkan pelbagai produk termasuk barang kemas dengan ukiran khas, tempahan mengikut kehendak pelanggan, wafer dan gold coin.

“Kami juga mempunyai pelbagai pilihan barang kemas termasuk produk yang telah digunakan dan diolah semula supaya kelihatan seperti baharu,” katanya.

KESS memeterai MOU bersama PRISMA dalam majlis perasamian pembukaan cawangan ke-23 di Wangsa Maju. Foto Malaysia Tribune / Suziyani.

Dalam majlis sama, KESS turut memeterai MOU bersama PRISMA bagi memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan program kebajikan dan pembangunan komuniti, khususnya melibatkan anak-anak istimewa.

Mohamad Hafizal berkata, kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti merupakan antara aspek yang diberi perhatian oleh pihaknya.

Menurutnya, MOU berkenaan tidak terhad kepada sumbangan kewangan semata-mata, sebaliknya membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program bersama.

“Kami memang mengutamakan komuniti. Kerjasama dengan NGO dan pihak kebajikan adalah antara perkara yang kami beri perhatian.

“Melalui MOU ini, kita bukan hanya melihat kepada sumbangan kewangan, tetapi turut membuka ruang untuk melaksanakan program bersama seperti kem dan aktiviti yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan kerjasama tersebut akan dipantau secara berkala bagi memastikan program yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai matlamat ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button