BERITA SEMASA

Zahid doakan dua wartawan BERNAMA, NST terlibat kemalangan segera sembuh

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan dua pengamal media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan New Straits Times (NST) yang terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk, awal pagi tadi, segera sembuh.

Ahmad Zahid berkata, beliau menerima dengan penuh rasa pilu berita mengenai kejadian yang menimpa kedua-dua pengamal media berkenaan.

Menurutnya, beliau dimaklumkan kedua-duanya sedang menerima rawatan, dengan seorang daripada mereka masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Saya mendoakan semoga Dina dan Zahra dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan yang sebaik-baiknya.

“Insya-Allah, kita sama-sama doakan agar kedua-duanya segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button