BERITA SEMASAPOLITIK

UMNO Negeri Sembilan sedia galas amanah- Zahid

SEREMBAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa seluruh jentera UMNO di Negeri Sembilan supaya mula bekerja dari sekarang bagi memastikan parti itu kembali mendapat kepercayaan rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Bersama lautan merah keluarga besar UMNO Negeri Sembilan yang hadir membawa semangat yang sama yakni terus memperkukuh perjuangan demi rakyat di negeri ini.

“Insya-Allah, saya percaya selagi akar umbi terus teguh berdiri, selagi itulah obor perjuangan akan terus marak,” katanya menerusi hantaran di Facebook pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa jentera parti mulakan langkah kerana tidak mempunyai masa lagi.

“Kita mesti bekerja keras untuk memastikan rakyat Negeri Sembilan kembali mendapat yang terbaik dan Barisan Nasional (BN) mestilah menjadi pilihan terbaik buat mereka,” katanya.

Zahid turut menyeru seluruh kepimpinan dan jentera parti supaya terus bergerak seiring, mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta membina keyakinan melalui kerja yang berterusan.

“Apabila hati bersatu dan langkah sehaluan, UMNO dan BN akan kembali melakar kepercayaan rakyat demi masa depan negeri beradat ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button