JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat bayi tidak sempurna ditemukan dalam longkang

HULU TERENGGANU – Satu mayat bayi dalam keadaan tidak sempurna ditemukan di dalam longkang di Perumahan Padang Setengge, di sini semalam.

Mayat bayi berkenaan ditemui seorang wanita pada pukul 6.52 petang ketika dia sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, wanita terbabit panik sebelum memaklumkan kejadian itu kepada wakil penduduk taman perumahan berkenaan.

“Anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati hanya sebelah tangan dan kedua-dua belah kaki bayi tersebut yang ditemui,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat bayi itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, identiti bayi berkenaan termasuk jantinanya, masih belum dikenal pasti setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button