KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Laporan awal nahas helikopter FDS dibentang kepada Kabinet

PUTRAJAYA – Laporan awal siasatan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak, pada September lalu dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan berkenaan dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Susulan kenyataan Menteri Pengangkutan semalam, laporan itu telah dibentangkan dan kita nantikan laporan penuh berhubung kejadian berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Baca juga : Jerebu: Tiada pembakaran dalam konsesi sawit syarikat Malaysia di Indonesia – Fahmi

Pada 8 September lalu, sebuah helikopter Bo-105 yang menjalankan perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) dan membawa lima individu terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, mengorbankan semua yang berada di dalamnya.

Semalam, Loke ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat memaklumkan laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhubung nahas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini.

Beliau turut memaklumkan siasatan awal BSKU mendapati juruterbang helikopter BO105 milik Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd mempunyai lesen penerbangan dan sijil perubatan yang sah.

Helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLF yang beroperasi di bawah kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) itu juga mempunyai perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang yang sah, selain disahkan layak terbang ketika berlepas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button