KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Pemisahan jawatan Peguam Negara, Pendakwa Raya perlu libat urus lanjut – Fahmi

PUTRAJAYA – Cadangan memisahkan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya melalui pindaan Perlembagaan memerlukan penelitian lanjut selepas beberapa perkara yang dititahkan Majlis Raja-Raja dibangkitkan dalam sembah maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini susulan sembah maklum Anwar kepada Majlis Raja-Raja.

Katanya, Anwar mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan sesi libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang menyediakan draf pindaan itu.

“Selepas pada itu sebarang pindaan atau pun penambahbaikan perlu dimaklumkan semula kepada Majlis Raja-Raja,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Anwar, di sini hari ini.

Baca juga : Laporan awal nahas helikopter FDS dibentang kepada Kabinet

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri menerusi pindaan Perlembagaan juga memerlukan penelitian lanjut susulan perkara yang dibangkitkan ketika sembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, Anwar telah memaklumkan Jemaah Menteri mengenai hasil sembah maklum berkenaan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button