POLITIK

PKR umum calon PRN sebelum 24 Oktober

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memuktamadkan dan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum 24 Oktober ini.

Pengerusi Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan diputuskan selepas perbincangan bersama Presiden PKR dan pimpinan utama parti.

“Calon yang dipertimbangkan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan muda, individu berusia, mereka yang berkerjaya serta berpengalaman.

“Syarat asas yang ditetapkan ialah calon berkenaan layak mengundi dan berusia 18 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan dan Semikonduktor Selangor (AISEM@2026) di sini hari ini.

Mengulas peluang PKR pada PRN berkenaan, Amirudin berkata, keyakinan untuk menang perlu ada, namun keputusan akhir tetap ditentukan oleh pengundi.

“Sebagai ahli politik, keyakinan untuk menang itu mesti ada, tetapi akhirnya pengundi yang menentukan keputusan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button