BERITA SEMASAPOLITIK

Ito Blues Gang sertai PKR Cabang Titiwangsa

SHAH ALAM – Penyanyi dan pemuzik terkenal, Mohd. Arif Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito Blues Gang kini sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis di Kings Hotel, Melaka, semalam.

Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, majlis penyerahan itu diadakan bersempena Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa yang berlangsung selama dua hari.

Borang keahlian Ito diterima oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebagai simbolik, Ito turut disarungkan baju T berkolar berlogo Keadilan Wilayah Persekutuan sebagai tanda penyertaannya dalam parti.

“Ito adalah reformis yang sebelum ini berjuang di belakang tabir melalui karya seni, menyumbang idea dan lagu-lagu yang mencerminkan perjuangan membentuk sahsiah masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penyertaan Ito dalam program permukiman itu juga menjadi langkah awal untuk beliau mendekati dunia politik dengan lebih dekat.

Sementara itu, Shamsul Iskandar menyifatkan kemasukan Ito sebagai nilai tambah buat PKR serta pemangkin semangat kepada golongan seni untuk bersama mempertahankan Kerajaan Madani.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button