PRN Melaka: PH tidak bentuk gabungan dengan BN, PN – Khalid Samad
CYBERJAYA – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membentuk gabungan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad gabungan itu bagaimanapun sedia bekerjasama dengan mana-mana parti selain BN dan Perikatan Nasional (PN), lapor BH Online.
“Kita tidak akan terima tawaran untuk bersama BN. Jika BN mahu bersama dengan PN, itu hak dan terpulang kepada mereka.
“Bagi PH, kami akan bertanding atas prinsip yang kami perjuangkan,” katanya dalam laporan tersebur.
Kenyataan Khalid menyusul sehari selepas barisan pemimpin PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka dilihat menghadiri majlis makan malam tertutup di sebuah hotel di Melaka.
Menurut SH Online, antara yang hadir termasuk Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Mohammad Ali Mohamad, Ketua Sayap Bersekutu, Datuk R Sri Sanjeevan serta Ketua Penerangan Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim.
Turut dilihat hadir, Ketua AMANAH Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan Pemangku Ketua PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








