POLITIK

Majlis Presiden PH akan bincang kerjasama dengan BN

KAJANG – Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden PH, Sabtu ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, mesyuarat tersebut akan turut meneliti semula kesemua pencapaian yang diraih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Pada 7 Januari ini, kita akan adakan mesyuarat rasmi yang pertama untuk tahun ini. Saya percaya kita akan bincang post-mortem PRU15 yang lalu dan juga persiapan kita menghadapi PRN di enam negeri yang akan berlangsung kurang enam bulan dari sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Kata Saifuddin, beliau jarang mengulas mengenai isu politik semasa menjalankan tugas rasmi namun bagi menjawab pertanyaan pihak media, beliau memberitahu, mesyuarat itu akan diadakan di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya pada pukul 4 petang.

PRN yang dijangka berlangsung kurang daripada enam bulan akan membabitkan negeri Selangor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button