POLITIK

PRN Negeri Sembilan: Anwar umum senarai calon PH 14 Julai

SEREMBAN – Senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Kuala Pilah, 14 Julai ini.

Perkara itu sidahkan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.

“Tunggu saja 14 Julai nanti apabila senarai calon PH diumumkan Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu yang paling tepat sekali,” katanya selepas Majlis Penyampaian Geran Khas Kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai kerusi yang bakal beliau tandingi, Aminuddin berkata segalanya akan terjawab ketika pengumuman berkenaan.

“Setakat ini tiada apa-apa komen lagi, saya pun tidak tahu (sama ada kekal di kerusi DUN Sikamat). Desas-desus berpindah ke kerusi lain, setakat ini hanya ura-ura,” katanya lagi.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding di kerusi DUN Linggi pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Sementara itu, ketika mengulas sesetengah individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai calon PH, beliau berkata, ia terpulang kepada diri masing-masing, namun sebaiknya menunggu pengumuman rasmi pada minggu depan.

“Tunggu pengumuman akan dibuat nanti, buat masa ini semua jentera parti perlu bekerja keras ke arah mencapai kemenangan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button