Ibu bapa di Perak boleh tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan akibat jerebu
IPOH – Ibu bapa dan penjaga di Perak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang keadaan jerebu boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkata, keputusan itu memberi ruang kepada ibu bapa untuk mempertimbangkan tahap kesihatan anak masing-masing susulan keadaan jerebu semasa.
“Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.
“Dalam pada itu, semua sekolah di Perak akan beroperasi seperti biasa pada Jumaat, 16 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, murid yang hadir ke sekolah turut digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga ketika keadaan jerebu masih berlaku.
Jabatan itu menegaskan bahawa keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah kekal menjadi keutamaan.
Sehubungan itu, semua pihak diminta sentiasa peka terhadap perkembangan terkini dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berhubung keadaan jerebu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








