BERITA SEMASA

Jerebu: Program KL Car Free Morning esok dibatalkan

KUALA LUMPUR – Program KL Car Free Morning yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok dibatalkan susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan risiko kesihatan akibat jerebu.

Jawatankuasa Kerja KL Car Free Morning berkata, keputusan itu mengambil kira risiko yang mungkin dihadapi peserta akibat pendedahan kepada jerebu, khususnya ketika melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan.

“Acara pada Ahad, 11 Oktober 2026 di Dataran DBKL dibatalkan.

“Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta sentiasa menjadi keutamaan pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta menghargai sokongan dan pemahaman semua pihak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button