Sekolah di enam negeri ditutup esok susulan jerebu – Fadhlina
KUALA LUMPUR – Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup esok susulan keadaan jerebu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan turut membabitkan sekolah di daerah Rompin, Pahang.
“Susulan jerebu, sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada esok.
“Di Pahang, hanya daerah Rompin terlibat. Negeri lain beroperasi mengikut takwim persekolahan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Penutupan berkenaan dibuat susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau perkembangan keadaan jerebu dan mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan situasi semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








