BERITA SEMASA

Keputusan SPM Ulangan 2026 diumum esok – KPM

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan diumumkan esok.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan, calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi portal myresultspmu.moe.gov.my bermula jam 10 pagi esok hingga 6 petang, 26 Ogos ini.

“Seramai 12,974 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2026 yang dilaksanakan di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara,” katanya hari ini.

Sementara itu, KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU 2026.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button