Tiga pelajar lelaki ditahan susulan pembunuhan Irene Sofiya
BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemukan maut di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini, semalam.
Ketiga-tiga suspek yang juga pelajar di sekolah sama dengan mangsa ditahan beberapa jam selepas mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemui kira-kira pukul 5.30 petang.

Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk mendapatkan perintah reman pagi ini, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan, memetik laporan BH Online.
BACA JUGA:
Nenek sempat peluk, ajar cucu mengucap sebelum terkulai
Mangsa bunuh di Yong Peng calon pelajar cemerlang SPM
Pelajar Tingkatan Empat ditemukan maut di sekolah, dipercayai dibunuh
Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan di dalam dewan sekolahnya.
Dalam kejadian itu, Irene Sofiya dijumpai nenek dan rakannya yang mencari arwah di sekolah selepas mangsa tidak pulang ke rumah walaupun kelas tambahan sudah berakhir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








