BERITA SEMASA

IPU sederhana di 63 kawasan seluruh negara

KUALA LUMPUR – Sebanyak 63 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 7 pagi, hari ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), antara kawasan mencatatkan bacaan sederhana ialah Shah Alam dengan 95, Nilai (93), Cheras (92), manakala Johan Setia dan Klang masing-masing merekodkan 90.

Di Sarawak, Sri Aman mencatatkan bacaan 79, diikuti Samarahan (77) dan IPD Serian (76), yang turut berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, lima kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, iaitu ILP Miri (49), Labuan (48), Miri (46), Limbang (36) dan Kota Kinabalu (33).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button