NADMA akan laksana operasi pembenihan awan di 3 negeri
SHAH ALAM – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di tiga negeri iaitu Sarawak, Kedah dan Perlis pada 3 hingga 5 September ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi yang diadakan secara kerjasama antara Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Di Sarawak, tahap jerebu di sesetengah kawasan sudah mencapai ke paras bahaya, ada yang indeks pencemaran udara (IPU) sehingga 500.
“Kita akan melakukan pembenihan awan dengan kadar segera. Kita akan meminta MetMalaysia untuk memberikan nasihat di kawasan, terutama yang berada di tahap berbahaya ini agar luruan angin itu akan menuju ke tempat yang lokasinya sangat bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026, di sini hari ini.
Di Sarawak, operasi akan dilaksanakan di Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang.
Manakala di Kedah, operasi itu akan dilaksanakan di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris serta di Perlis melibatkan Empangan Timah Tasoh .
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, koordinasi antara agensi berkaitan sedang disegerakan bagi membantu Sarawak yang terjejas ekoran jerebu rentas sempadan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








