
Keluar DAP, Ong Kian Ming sedia bantu Khairy hadapi PRU16
KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli DAP berkuat kuasa hari ini, namun tetap bersedia membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ong berkata, beliau akan menunaikan komitmen untuk membantu Khairy berkempen sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO itu diberikan kerusi untuk bertanding pada PRU16.
Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Ong memaklumkan keputusan meninggalkan DAP itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Khoo Poay Tiong.
Beliau pada masa sama menegaskan tidak merancang menyertai mana-mana parti politik lain dalam masa terdekat dan tidak berhasrat bertanding sebagai calon pada PRU16.
Menurutnya, meskipun tidak lagi berperanan sebagai ahli politik, beliau akan terus menyumbang kepada negara menerusi pelbagai cara, termasuk podcast kendaliannya, jawatan penasihat serta kerjasama dengan individu yang mempunyai pemikiran dan minat yang sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








