BERITA SEMASA

IPU paras tidak sihat di Melaka, Johor, Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR -Lima kawasan iaitu Bukit Rambai, Bandaraya Melaka, Port Dickson, Batu Pahat dan Tangkak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Bukit Rambai di Melaka mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 153, diikuti Bandaraya Melaka (146).

Dua lagi kawasan dengan catatan IPU tinggi adalah Batu Pahat (134) dan Tangkak (116) di Johor manakala Port Dickson di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan 109.

Selain itu, laman kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut menyenaraikan 51 lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 12 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button