BERITA SEMASAPOLITIK
Legenda badminton Taufik Hidayat dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
JAKARTA – Bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) Indonesia yang baharu
Pelantikan pemenang pingat emas Olimpik Athens 2004 itu dibuat di bawah ‘Kabinet Merah Putih’ pimpinan Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka untuk penggal 2024-2029.
“Taufik Hidayat menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan,” kata Prabowo di Istana Presiden Jakarta pada malam semalam.
Sebagai rekod, Taufik Hidayat telah menjulang pelbagai kejuaraan termasuk memiliki pingat emas dalam acara Sukan SEA, Sukan Asia dan Olimpik.
Selain itu, Taufik juga pernah dinobatkan sebagai juara dunia dan pemain badminton nombor satu dunia, serta mewakili Indonesia menjuarai Piala Thomas.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








