Kawasan Cheruk To’ Kun, Jalan Kilang Ubi tidak lagi sama selepas kehilangan Uncle Ros – Nurul Izzah
KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menyifatkan bapa saudaranya, Allahyarham Idrus Ibrahim sebagai seorang insan yang besar jiwa, luas kasih serta sentiasa menyambut sesiapa sahaja dengan kemesraan dan rasa kekeluargaan.
Menurut Nurul Izzah, Allahyarham yang lebih mesra disapa sebagai Uncle Ros juga dikenali sebagai ‘cikgu’ dan ‘Uncle’ kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, kawasan Cheruk To’ Kun dan Jalan Kilang Ubi tentunya tidak lagi terasa sama buat mereka selepas pemergian Allahyarham.
“Segala kebaikan, pengorbanan, sumbangan dan kasih yang Allahyarham Uncle Ros curahkan kepada Papa, kepada kami sekeluarga dan kepada perjuangan ini, insya-Allah menjadi amal jariah yang terus mengalir dan diterima di sisi Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini ini.
Sementara itu Nurul Izzah turut menitipkan doa dan kasih kepada balu Allahyarham, Aunty Dah, anak-anak serta seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.
Beliau mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi kehilangan berkenaan.
“Mudah-mudahan, dengan izin dan rahmat-Nya, akan tiba waktunya kita semua dipertemukan kembali, di Jannatul Firdaus kelak. Insya-Allah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment