Tiada cadangan tambah kerusi Parlimen di Sarawak – SPR
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyangkal dakwaan kononnya terdapat cadangan menambah jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, laporan yang memetik ‘Dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak’ adalah tidak tepat.
“SPR, tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak ketika ini, termasuk mana-mana bahagian pilihan raya seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan yang dikaitkan dengan perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sebaliknya, SPR menjelaskan hanya Syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Negeri Sarawak Ke-7 telah disediakan dan kini dipamerkan secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 hingga 30 September 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jusrteru itu, SPR menyeru pihak media supaya merujuk maklumat berkaitan KSP melalui portal rasmi atau kenyataan media yang dikeluarkan SPR bagi memastikan laporan yang disampaikan adalah sahih dan tepat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







