BERITA SEMASA

‘Korang nampak tak ulat dekat dahi saya’ – Status ibu tunggal OKU maut kemalangan raih simpati netizen

KUALA LUMPUR – “Korang nampak tak macam ada ulat dekat dahi saya? Saya sorang je ke nampak?”

Demikian status yang dimuat naik seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran di platform Threads dua hari lalu sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, awal pagi tadi.

Mangsa, Siti Nor Amalina Sulaiman, 32, berkongsi hantaran tersebut beserta gambar yang menunjukkan urat di dahinya.

Lebih mengejutkan, komen seorang pengguna yang menyifatkan situasi seperti orang hendak meninggal dunia menyentuh hati warga maya.

“Biasa timbul urat ni nak meninggal,” komen @19anif_lee86.

Justeru, apabila Siti Nor Amalina maut dalam nahas pada pukul 6.15 pagi tadi, hantaran itu tular dan menerima reaksi sedih daripada pengguna platform berkenaan.

ulat
Tangkap layar komen seorang pengguna yang menyifatkan nampak ulat sebagai orang hendak meninggal dunia.

“Saya datang dari posting orang lain. Katanya owner ni accident, nampak macam dah kena tutup kain putih. Betul awak cakap ni bang,” tulis @ciklucy.

“Innalillahiwainnailaihirajiun, bekas rakan sekerja. Arwah ibu tunggal meninggalkan seorang anak,” komen @Fakhrysamsudin.

“Asbab posting (hantaran) dia blow up (meledak), korang jom doakan akak ni sedekah al-Fatihah akak ni dah meninggal pagi tadi,” kata @Cikbungaeeee.

Terdahulu, media melaporkan kemalangan melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun yang memandu kereta Honda dengan sebuah lori dipandu lelaki 66 tahun di KM 32 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku ketika wanita yang dalam perjalanan dari arah Kulai Besar ke Johor Bahru telah melanggar belakang lori yang berhenti di lampu isyarat merah.

Akibat perlanggaran itu, wanita berkenaan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button