Dua pekerja maut, tujuh lagi cedera mesin proses getah meletup
TANGKAK – Dua pekerja kilang maut selepas satu daripada lima mesin pembuatan dan pemprosesan getah meletup di sebuah kawasan perindustrian di daerah ini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, tujuh pekerja lagi parah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang itu.
Katanya, pekerja yang terbunuh adalah dua pekerja tempatan masing-masing berusia 40-an hingga 50-an dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kesemua mangsa sedang menyelenggara lima mesin di kilang terbabit.
“Bagaimanapun, salah satu mesin secara tiba-tiba meletup hingga mencederakan sembilan pekerja. Dua daripadanya parah namun meninggal dunia ketika dirawat manakala tujuh lagi yang cedera dirawat di zon merah HPSF.
“Proses bedah siasatan ke atas kedua-dua mangsa bermula pagi ini bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya dalam kenyataan.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








