Letupan mercun, sambutan Deepavali di Lunas bertukar tragedi
LUNAS – Kemeriahan sambutan malam Deepavali di Paya Besar, Lunas bertukar tragedi apabila beberapa individu dilaporkan cedera akibat letupan mercun kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada mercun besar yang sepatutnya meletup di udara, namun meletup di kawasan orang ramai berkumpul.

Letupan kuat itu turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak termasuk cermin pecah.
Beberapa pengunjung turut dilaporkan terkena serpihan serta percikan api mercun sebelum pasukan ambulans dan polis tiba di lokasi bagi memberikan rawatan dan mengawal keadaan.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak bermain atau menyalakan mercun di tempat awam tanpa kebenaran kerana tindakan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh mengundang kecederaan dan kerosakan harta benda.
Masyarakat diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan serta mematuhi peraturan ketika meraikan sebarang perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








