BERITA SEMASA

23 maut kemalangan hari pertama Aidiladha – JSPT

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 kematian direkodkan dalam 1,225 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia memaklumkan, jumlah kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 646 kes berbanding 1,871 kes yang direkodkan hari sebelumnya.

“Bagaimanapun, jumlah kematian meningkat sebanyak lapan kes berbanding 15 kematian yang direkodkan pada Isnin,” kata JSPT menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button