BERITA SEMASA

Nahas trak FRU: MOT akan tubuhkan pasukan khas siasat punca kemalangan

PUTRAJAYA – Satu Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kemalangan maut yang melibatkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pasukan itu juga akan berfungsi sebagai penasihat untuk menyemak semua cadangan penambahbaikan aspek keselamatan jalan raya.

“Petugas khas itu akan ditubuhkan segera, dalam masa terdekat.

“Pasukan itu akan dianggotai pakar-pakar dan ahli bebas supaya dapat menasihati pihak kementerian untuk mengambil langkah-langkah yang seterusnya, selain daripada siasatan yang diambil pihak polis,” katanya.

Anthony berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button