Pelajar Tingkatan 4 direman enam hari
SEREMBAN – Seorang pelajar Tingkatan Empat direman selama enam hari bagi membantu siasatan insiden kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, malam tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, permohonan reman itu dibuat di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
BACA JUGA:
Remaja 14 tahun maut di asrama, polis tahan pelajar 16 tahun
Pelajar tingkatan dua maut, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama
“Polis memohon reman pagi ini (tadi) dan mahkamah membenarkan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 1 Okt,” katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah sukan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama, malam tadi.
Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







