Bekas PM Nepal gesa kerajaan siasat keganasan ketika protes belia
KATHMANDU – Bekas Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli menggesa siasatan dilaksanakan ke atas keganasan yang meragut sekurang-kurangnya 73 nyawa ketika protes yang dipimpin belia melanda negara itu, bermula 8 September lalu.
Dalam kenyataan pertamanya selepas meletak jawatan Selasa lalu, bekas Perdana Menteri berusia 73 tahun itu berkata, terdapat penghasut yang mencetuskan pertumpahan darah.
Bekiau turut berkata, kerajaannya tidak pernah mengarahkan polis untuk melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.
“Mereka (penghasut) yang menyusup dikalangan pemprotes telah menghasut keganasan, mengakibatkan kehilangan nyawa tragis anak-anak muda,” kata Oli dalam hantaran Facebooknya.
“Kerajaan tidak mengeluarkan arahan untuk menyasarkan penunjuk perasaan dan melepaskan tembakan,” kata Oli, ketika negara itu menyambut Hari Perlembagaannya, Jumaat lalu.
Demonstrasi itu tercetus berikutan larangan penggunaan media sosial sementara, namun disemarakkan lagi oleh kemarahan terhadap rasuah dan masalah ekonomi yang telah lama berlaku.
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh pada hari pertama.
“Siasatan perlu dilakukan ke atas insiden penggunaan senjata automatik yang tidak dimiliki polis.
“Saya tidak akan memperkatakan banyak mengenai konspirasi di sebalik perkara ini hari ini, masa akan menentukannya sendiri,” kata Oli dalam hantarannya itu.
Oli tidak kelihatan di khalayak umum sejak penyingkirannya, dengan sekutunya berkata beliau berada di bawah perlindungan tentera.
“Beliau berada di bawah perlindungan tentera dan kembali semalam,” kata rakan partinya, Agni Kharel dari CPN-UML kepada AFP.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




