ARMADA desak Media Mulia kaji semula penamatan hampir 100 pekerja sebelum Aidilfitri
KUALA LUMPUR – ARMADA BERSATU mendesak pihak pengurusan Media Mulia Sdn Bhd mengkaji semula rancangan rasionalisasi yang dilaporkan bakal menjejaskan hampir 100 pengamal media dan kakitangan sokongan syarikat itu.
Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya bimbang terhadap nasib pekerja yang berkhidmat dengan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! susulan pelaksanaan program rasionalisasi berkenaan.
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya turut menyambut baik inisiatif Kementerian Komunikasi di bawah pimpinan Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menerusi pelancaran Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta yang dijadual bermula awal Januari ini.
“Dana berkenaan merupakan inisiatif untuk menyokong transformasi digital syarikat media tempatan serta membantu memastikan kelangsungan kerjaya pengamal media negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, ARMADA turut mendesak supaya satu ruang rundingan telus dibuka segera antara pihak pengurusan tertinggi Media Mulia dengan wakil pekerja.
Katanya, sebarang pelaksanaan pelan mitigasi korporat perlu mematuhi undang-undang buruh serta dilaksanakan secara adil, telus dan berteraskan nilai kemanusiaan demi masa depan industri media negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















One Comment