PH buat laporan, gesa SPR siasat dakwaan salah guna premis kerajaan di DUN Rim
AYER KEROH – Pakatan Harapan (PH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan penyogokan dan salah guna premis serta kemudahan kerajaan negeri membabitkan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
Gesaan itu dibuat selepas Ketua Pengarah Kempen PH bagi DUN Rim, Heikarl Edzha Zaini, menyerahkan laporan berserta bukti bergambar kepada SPR Melaka, hari ini.
Heikarl berkata, beberapa gambar turut diserahkan kepada SPR, antaranya memaparkan calon BN berada di dalam premis kerajaan ketika kempen pilihan raya berlangsung.
“Kami turut mengemukakan bukti berkaitan pemberian sumbangan kepada penerima, termasuk gambar kotak makanan yang dibawa keluar dari premis berkenaan serta sampul yang didakwa diberikan kepada penerima,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPR Melaka di sini, hari ini.
Baca juga : PH buat laporan polis dakwa calon BN DUN Rim guna aset kerajaan ketika kempen
Mengulas lanjut, Heikarl berkata, pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berhubung perkara berkenaan, semalam.
Beliau berkata, laporan itu dibuat susulan kejadian yang didakwa berlaku di sebuah premis kerajaan ketika tempoh berkempen di DUN berkenaan.
Tegasnya, pihaknya tidak mempertikaikan hak rakyat untuk menerima bantuan Deepavali, namun penglibatan calon BN dalam program berkenaan didakwa mampu menimbulkan kemungkinan penggunaan jentera, premis dan kemudahan kerajaan bagi memberikan kelebihan kepada calon tertentu ketika pilihan raya berlangsung.
“Bantuan kepada rakyat merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik,” katanya sambil membangkitkan Seksyen 10(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], berkaitan kesalahan penyogokan dalam pilihan raya.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada perbuatan berkenaan memenuhi unsur kesalahan di bawah peruntukan itu berdasarkan siasatan dan bukti yang dikemukakan.
“Perkara ini tidak wajar dipandang ringan kerana boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan integriti proses pilihan raya.com,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















One Comment