JENAYAH & MAHKAMAH

Kes hina Islam, individu dipercayai pemilik akaun ‘Parthiban Ragu’ direman empat hari

CYBERJAYA – Individu dipercayai pemilik akaun media sosial ‘Parthiban Ragu’ yang didakwa memuat naik hantaran menghina Islam, direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri, sekitar pukul 1 pagi tadi.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Turut dirampas daripada suspek dua telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, tangkapan dilakukan susulan laporan bahawa akaun media sosial tersebut memuat naik hantaran menghina Islam dan menggunakan ungkapan bersifat jelik dan lucah terhadap Allah dan Nabi Muhammad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama mana-mana orang.

Ab Rahaman memberi peringatan tegas kepada semua pihak tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button