Pemilik kenderaan asing isi RON95 sudah beri keterangan – Polis
KULAI – Pemilik kenderaan berpendaftaran Singapura yang didakwa menutup sebahagian plat keretanya ketika mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di sini, Jumaat lalu, sudah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya kini sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan terbabit.
Jelas beliau dua individu yang juga pasangan suami isteri berusia 63 dan 67 tahun itu hadir ke IPD Kulai selepas diarahkan berbuat demikian bagi membantu siasatan.
“Pemilik telah hadir ke IPD Kulai untuk membantu siasatan. Kertas siasatan masih dalam tindakan dan akan rujuk ke pejabat TPR segera untuk arahan lanjut,” katanya, hari ini.
Semalam, Tan dilaporkan sebagai berkata, pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu sudah berjaya dikesan dan didapati pemegang status penduduk tetap (PR) republik itu.
Katanya, pemilik kenderaan itu diarahkan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







