Bapa Irene Sofiya tekad perjuang keadilan buat anak tunggal
BATU PAHAT – “Saya akan terus berjuang agar anak saya mendapat keadilan.”
Itu tekad Mohd Khairool Faisal Khyar, 42, selepas anaknya, Irene Sofiya, 16, ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh.
Menurutnya, dia dan ahli keluarga akan memastikan anak tunggalnya yang mesra dipanggil Fiya mendapat pembelaan sewajarnya susulan tragedi yang menimpa remaja berkenaan.

“Saya perlukan sokongan semua pihak demi anak saya. Kami harap pelakunya mendapat hukuman sewajarnya.
“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian anaknya, malam ini.
Mohd Khairool berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa Fiya kira-kira pukul 6 petang semalam selepas menerima panggilan daripada kakak sulungnya, Siti Nur Faeza, 45.
Tambahnya, ketika kejadian dia sedang bekerja di Bangi sebelum bergegas pulang selepas dimaklumkan anaknya ditemukan dalam keadaan parah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.
BACA JUGA:
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumi
Kes bunuh Irene Sofiya: Polis rampas telefon, pakaian dan selipar suspek
Irene Sofiya pasang impian jadi doktor seperti arwah ibu
Tiga pelajar lelaki ditahan susulan pembunuhan Irene Sofiya
Nenek sempat peluk, ajar cucu mengucap sebelum terkulai
Mangsa bunuh di Yong Peng calon pelajar cemerlang SPM
Pelajar Tingkatan Empat ditemukan maut di sekolah, dipercayai dibunuh
Katanya, kali terakhir dia bertemu Fiya adalah kira-kira dua minggu lalu dan ketika itu anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Malah dia kelihatan ceria dan seronok mengikuti pembelajaran seperti biasa,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Dalam pada itu, Mohd Khairool turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada keluarganya sejak tragedi berkenaan berlaku.
“Alhamdulillah, daripada awal hingga akhir, urusan Fiya sangat mudah. Saya bersyukur kepada semua yang datang sejak semalam.
“Kami tidak mampu membalas budi baik mereka semua,” katanya.
Terdahulu, jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad selepas solat Maghrib, malam ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








