Tiada kompromi terhadap salah laku seksual – KPM
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku seksual di institusi pendidikan dan menuntut tindakan tegas diambil terhadap pesalah.
“KPM mengambil serius kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang murid di sebuah sekolah di Melaka.
“Kes ini sedang diambil tindakan oleh pihak polis. Semua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“KPM memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan. Tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, semua pentadbir institusi pendidikan diarah untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai.
“Ia bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan,” tegas KPM.
Terdahulu, media melaporkan empat orang pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di Melaka ditahan polis kerana terlibat dalam kes rogol secara bergilir-gilir melibatkan seorang pelajar Tingkatan Tiga.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















