BERITA SEMASA

Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas – KPM

PUTRAJAYA – Kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan supaya mengambil langkah pencegahan bagi menghadapi cuaca panas dan jerebu dalam negara ketika ini.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua aktiviti luar bilik darjah mesti ditangguhkan jika cuaca terlalu panas, dan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas,” kata KPM.

Tambah kenyataan itu lagi, peringatan telah diberikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM sebagai langkah pencegahan.

Pada masa yang sama, kata KPM lagi, bekalan air minuman bersih mencukupi perlu disediakan di institusi pendidikan, dan murid digalakkan membawa air minuman sendiri, selain bekalan air minuman yang mencukupi sekolahperlu disediakan kepada murid di asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mereka mendapatkan air minuman.

Institusi pendidikan juga diingatkan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena jerebu di kawasan masing-masing, selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan pelajar dan warga institusi.

“Institusi pendidikan perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,” menurut kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button