LUAR NEGARA

Polis Australia lancar siasatan surat ugutan dihantar ke masjid

SYDNEY – Polis Australia sudah melancarkan siasatan ke atas insiden ugutan yang diterima masjid terbesar negara itu, menjadikannya insiden ketiga seumpamanya menjelang bulan puasa Ramadan.

Menurut Reuters yang memetik media tempatan, surat yang dihantar ke Masjid Lakemba di barat Sydney, semalam mengandungi lukisan seekor babi serta ugutan untuk membunuh “bangsa Muslim”.

Polis berkata, surat berkenaan telah dihantar untuk ujian forensik dan rondaan akan diteruskan di lokasi rumah ibadat termasuk masjid tersebut serta acara komuniti.

Surat terbaharu itu dihantar beberapa minggu selepas mesej serupa dikirim ke masjid sama, yang memaparkan gambaran orang Islam berada dalam masjid yang sedang terbakar.

Polis turut menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 70 tahun berhubung surat ugutan ketiga yang dihantar kepada kakitangan Masjid Lakemba, Januari lalu.

Sementara itu, Persatuan Muslim Lubnan yang menguruskan masjid itu memaklumkan kepada Australian Broadcasting Corporation (ABC) bahawa pihaknya telah memohon kepada kerajaan peruntukan tambahan untuk pengawal keselamatan serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Kira-kira 5,000 orang dijangka menghadiri masjid itu setiap malam sepanjang Ramadan.

Sebagai rekod, lebih 60 peratus penduduk di kawasan Lakemba dikenal pasti sebagai Muslim, menurut Biro Statistik Australia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button