Insiden tembakan rambang di Pasar Or Kor Tor, empat maut
BANGKOK – Polis Bangkok mengesahkan insiden tembakan rambang yang mengorbankan empat pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi di pasar makanan segar popular, Or Kor Tor di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bang Sue, Worapat Sukthai ketika mengesahkan insiden itu berkata, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian, lapor AFP.
Beliau menambah, suspek kemudiannya menembak dirinya sendiri selepas melakukan serangan itu.
“Kita sedang berusaha mengenal pasti pelaku. Kita juga sedang menyiasat kemungkinan insiden ini mempunyai kaitan dengan pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja,” katanya lagi.
Kejadian itu berlaku di Pasar Or Tor Kor, tidak jauh dari Pasar Chatuchak yang terkenal sebagai destinasi pelancongan utama dan sentiasa dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu.
Insiden tembakan rambang bukanlah perkara luar biasa di Thailand, memandangkan senjata api boleh diperoleh dengan agak mudah berikutan penguatkuasaan kawalan senjata yang longgar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








