JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki cedera diserang penyamun

SEPANG – Seorang lelaki cedera dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Taman Aman, Sungai Pelek, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun itu dipercayai diserang empat lelaki.

“Siasatan awal mendapati mangsa disamun oleh empat suspek yang dipercayai bersenjata.

“Usaha mengesan dan menangkap semua suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hussaini Helmee di talian 019-8966292 atau balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button