JENAYAH & MAHKAMAH

Polis terima laporan wanita dikasari bekas suami

GOMBAK – Polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai dakwaan seorang wanita tempatan dikasari bekas suaminya di Taman Scientex, Kundang Jaya, di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, kejadian dilapor berlaku pada 11.47 malam Ahad.

Insiden tersebut turut menarik perhatian ramai setelah klip video kejadian berdurasi 15 saat menjadi tular di media sosial.

Klip tersebut memaparkan seorang lelaki naik angin selepas perakam video menuduhnya memukul anaknya.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu nafkah melibatkan suspek (lelaki tempatan berusia 34 tahun) ketika menghantar anak ke rumah mangsa.

“Suspek bertindak agresif terhadap mangsa dan turut menolak anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan luka di bahagian lutut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Amirul Mohd Sharit di talian 016-6740989 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button