BAKAT ATM, Yayasan LTAT santuni pesakit warga ATM Hospital Tuanku Mizan
KUALA LUMPUR – Seramai 23 pesakit warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM) diraikan menerusi Lawatan Kebajikan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM) bersama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT), hari ini.
Yayasan LTAT dalam satu kenyataan berkata, kunjungan sempena sambutan Hari Ulang Tahun ATM Ke-itu 93 turut menyaksikan pesakit di Wad Pediatrik serta Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) menerima sumbangan kebajikan bertujuan meringankan beban mereka sepanjang proses rawatan dan pemulihan.
Sesi penyerahan sumbangan dan aktiviti menyantuni pesakit disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Datin Seri Siti Juana Md Ibrahim, bersama Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin.
Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil BAKAT daripada formasi Darat, Laut, Udara, dan Markas ATM sekali gus memperlihatkan semangat kekeluargaan dalam menyantuni warga pertahanan serta keluarga mereka.

Penglibatan mereka juga mencerminkan kesatuan warga pertahanan dalam mengangkat aspek kebajikan sebagai tanggungjawab bersama.
“Keprihatinan terhadap warga ATM yang sedang melalui cabaran kesihatan dizahirkan menerusi sokongan kebajikan Yayasan LTAT, selaras dengan peranan Yayasan dalam memperkukuh kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka.
“Semoga para pesakit diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan agar dapat kembali bersama keluarga tercinta, manakala kunjungan dan sokongan yang disampaikan diharapkan dapat menjadi sumber semangat sepanjang menjalani rawatan,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








